Download Sinopsis Buku Bacaan Ilmiah PDF

TitleSinopsis Buku Bacaan Ilmiah
File Size86.9 KB
Total Pages5
Document Text Contents
Page 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SKK SK RANCHA-RANCHA Kod Sekolah: WBA1017

1. Nama Guru MUHAINI BT MUNING

2. Judul SINERGI DALAM PENGURUSAN
SEKOLAH

3. Bidang: PENDIDIKAN

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-

6. Tempat Pembentangan
-

7. Sinopsis

Buku ini mengandungi panduan praktis dalam mewujudkan pasukan pengurus sekolah
cemerlang. Buku ini juga menceritakan tentang peranan sekolah sebagai institusi social yang
penting pada Negara. Ia menyediakan modal insan dari segi tenaga kerja berkemahiran, separa
mahir dan staf biasa. Bukan itu sahaja, kandungan buku ini juga banyak membincangkan peranan
pegetua, pentadbiran, guru-guru, pelajar, kakitangan sokongan, dan ibu bapa sebagai satu
pasukan dalam mewujudkan sekolah cemerlang. Buku yang bertajuk sinergi dalam pengurusan
sekolah ini juga menyentuh dengan lebih mendalam mengenai tajuk-tajuk utama seperti pengetua
sebagai peneraju kecemerlangan, pasukan mengurus kecemerlangan,guru pendukung
kecemerlangan, pelajar sebagai penunjuk aras kecemerlangan, dan ibu bapa sebagai rakan
kongsi.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Nilai pengetahuan yang saya perolehi melalui buku ini ialah mengenai peranan seorang guru
dalam mewujudkan sekolah yang cemerlang. Namun nilai yang paling saya sukai dalam buku ini
ialah nilai kerja secara berpasukan dalam sekolah bagi membentuk satu pasukan yang efisien
dalam melaksanakan tugas dan peranan masing-masing. Selain itu,buku yang bertajuk sinergi
dalam pengurusan sekolah ini juga banyak memberikan pengetahuan baharu dalam pengurusan
sekolah sama ada sebagai pengetua,pentadbiran,guru-guru,kakitangan sokongan, ibu bapa dan
pelajar.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Dapat menambahkan pengetahuan sedia ada tentang skop peranan guru yang sangat penting
dalam organisasi skolah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Lampiran C

Page 3

BORANG SINOPSIS BUKU

1. Nama Guru MUHAINI BT MUNING

2. Judul
AKTIVITI BAHASA

3. Bidang: PENDIDIKAN

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-

6. Tempat Pembentangan
-

7. Sinopsis
Buku ini mengandungi huraian dan contoh cadangan aktiviti yang boleh dijadikan panduan guru di
peringkat sekolah rendah. Buku ini juga dapat membantu guru memahami konsep-konsep penting
dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga buku ini membantu guru untuk mengendalikan
pengurusan bilik darjah dengan lebih berkesan. Isi kandungan buku ini juga banyak membantu guru
tentang melaksanakan aktiviti bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran serta cara untuk
mengendalikan pengurusan bilik darjah dengan lebih berkesan. Hal ini demikian kerana bagi
menghasilkan satu pengajaran yang berkesan ,guru bukan sahaja perlu memilih bahan yang sesuai
bahkan juga perlu merancang aktiviti-aktiviti yang relevan dengan isi dan objektif pembelajaran.
Bukan itu sahaja dalam buku ini juga terkandung beberapa saranan bagaimana untuk mengendalikan
aktiviti bercerita, berdrama dan bermain boneka. Melalui penglibatan murid-murid dalam aktiviti
ini,guru bukan sahaja dapat mencungkil,mengasah dan memupuk bakat seni malahan secara tidak
langsung murid juga dapat menggunakan bahasa yang betul dari aspek tatabahasa, pemilihan kosa
kata, pembentukan ayat dan juga intonasi.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Nilai pengetahuan yang saya perolehi daripada buku ini ialah saya dapat menambahkan
pengetahuan saya dari aspek memilih bahan bantu mengajar yang sesuai bagi mencapai objektif
pembelajaran. Selain itu, aktiviti bahasa yang terdapat dalam buku ini juga dapat menambahkan idea
saya untuk membuat sesuatu kelainan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Aplikasi yang boleh saya gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah aktiviti-
aktiviti bahasa yang relevan dengan isi dan objektif pembelajaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Lampiran C

Similer Documents