Download Modul Pengakap Pkhas PDF

TitleModul Pengakap Pkhas
File Size8.2 MB
Total Pages29
Document Text Contents
Page 2

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

SKIM LENCANA PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS TAHAP 1

PENDAHULUAN

Skim Latihan Pengakap Pendidikan Khas (PK) Tahap 1 ini telah diubahsuai
daripada Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak yang dihasilkan oleh Persekutuan
Pengakap Malaysia untuk membolehkan ahli-ahli Pengakap PK mengikuti aktiviti-
aktiviti dan menunjukkan minat dalam berpengakap. Setelah menjalani latihan
dengan aktiviti-aktiviti kemahiran berpengakap. Pengakap PK Tahap 1 ini akan
dianugerahi dengan lencana-lencana tertentu untuk membuktikan bahawa mereka
telah menjalani ujian tersebut dengan jayanya.

Lencana wajib yang perlu diperoleh terlebih dahulu ialah Lencana Keahlian.
Setelah memperolehi Lencana Keahlian, Pengakap PK Tahap 1 tersebut perlu
meneruskan latihan dengan memilih Satu Lencana Wajib iaitu Lencana
Penunggang Basikal atau Lencana Ahli Renang.

Dalam peringkat ini, TigaLencana Kemajuan akan diberikan kepada seseorang
ahli yang berjaya mengikuti skim ini, iaitu :

1. Lencana Keris Gangsa
a. perlu memperoleh DUA (2) lencana dalam kategori kegemaran.

2. Lencana Keris Perak
b. perlu memperoleh DUA (2) lencana dalam kategori pengetahuan.

3. Lencana Keris Emas
c. perlu memperoleh DUA (2) lencana dalam kategori perkhidmatan.

PERHATIAN : Bagi Pengakap Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran, mereka
boleh menggunakan Isyarat Kod Tangan.

1. LENCANA KEAHLIAN

Sebelum mendapat Lencana Keahlian, seseorang ahli Pengakap PK itu perlu
LULUS ujian-ujian berikut :-
a) Lambang Pengakap Malaysia

 Mewarna Lambang Pengakap Malaysia
b) Lambang Pengakap Sedunia

 Mewarna Lambang Pengakap Sedunia
c) Persetiaan Pengakap

 Boleh menyatakan salah satu daripada tiga Persetiaan Pengakap.
d) Undang-undang Pengakap

 Boleh menyanyikan Lagu Undang-undang Pengakap.
e) Lima Prinsip Rukun Negara

 Boleh membaca/menyebut LIMA (5) prinsip Rukun Negara.
f) Boleh menyebut dan menunjuk cara melakukan Tabik Hormat Pengakap

dengan betul dan kemas perlakuannya.
g) Boleh menyebut Cogankata Pengakap PK Tahap 1 iaitu “Buat Habis Baik”.
h) Sejarah Pergerakan Pengakap

 Menamakan pengasas pengakap.
i) Cerita Hutan

2

Page 15

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

 Menyatakan cara membersihkan badan setelah bermain.

6.3 Ahli Sains

Lencana ini diberi bagi mengiktiraf pengetahuan ahli dalam ilmu sains
seperti membuat ujikaji, membuat kamera lubang halus, menyambung
litar, elektromagnet dan sebagainya. Ahli boleh memilih SATU (1)
sahaja daripada aktiviti di bawah :

 Menunjukkan satu eksperimen bahawa api yang menyala itu
memerlukan udara (lilin akan terpadam bila ditutup dengan
cawan).

 Membuat pelangi tiruan dengan menggunakan pancuran air paip.

 Menunjukkan bagaimana menyambungkan litar elektrik
dengan bateri dan menghubungkan litar itu ke bateri dan
bagaimana mengawal aliran elektrik dengan menggunakan suis.

 Mengenalpasti apa yang berlaku sekiranya jisim benda yang berat
dan ringan dimasukkan ke dalam air.

6.4 Pencinta Alam Semulajadi

Lencana ini diberi sebagai pengiktirafan kepada ahli yang mencintai
alam semulajadi seperti membersihkan kawasan sungai, mengutip
sampah di tepi pantai dan sebagainya. Ahli dikehendaki memilih DUA
(2) sahaja daripada aktiviti di bawah :

6.4.1 Menyimpan catatan dan melaporkan perubahan atau
perkembangan kejadian harian setiap seminggu sekali dalam
tempoh dua bulan mengenai satu daripada perkara di bawah
ini :

 Tumbuh-tumbuhan

 Kehidupan burung

 Kehidupan di tepi pantai, perigi, kolam dan kehidupan dalam
sungai.

 Pelbagai jenis batu fosil dan batu lontar.

 Kupu-kupu, katak, belalang dan lain-lain haiwan yang
bersesuaian.

 Kawan dan musuh pokok tanaman di kebun.

 Pokok pakis, rumput-rampai lain-lain.

6.4.2 Memelihara haiwan peliharaan dan ternakan sekurang-kurang 2
bulan dengan sempurna. Pengakap PK Tahap 1 boleh
menceritakan pemerhatiannya terhadap haiwan tersebut.

6.4.3 Mengambil bahagian dalam satu projek di bawah bersama
Pengakap Muda atau bersama sekawan sendiri (Pilih satu
sahaja):

 Membersihkan tempat perkelahan, tepi jalan, pantai, tepian
tasik. ATAU

15

Similer Documents