Download latihan tatabahasa PDF

Titlelatihan tatabahasa
File Size1.1 MB
Total Pages58
Document Text Contents
Page 1

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA 2013


1 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u


MODUL LATIHAN SPM KELAS 5 GEO & 5 SENI

SPM BAHASA MELAYU TATABAHASA



BINA AYAT

TIPS: Semasa bina ayat, pastikan ayat lengkap dengan subjek dan predikat dan tunjukkan

maksud ayat yang jelas.

Contoh: wayang

 Wayang itu terletak di kompleks beli-belah itu. (x)

 Ali pergi menonton wayang di panggung yang terletak di kompleks beli-belah itu. (√)



1. Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan berikut untuk jelas

menunjukkan perbezaan maksudnya. Anda tidak boleh menambah imbuhan atau

menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa.



(i) bukan - bukan-bukan

(ii) jarang - jarang-jarang

(iii) siang - siang-siang

(iv) putus - putus-putus

(v) habis - habis-habis

(vi) lama - lama-lama [ 12 markah ]




2. Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham

penggunaan dan maksudnya. Anda tidak boleh menambah imbuhan atau menggunakan

perkataan itu sebagai peribahasa.



(i) perakuan

(ii) diperakui

(iii) keakuan

(iv) mengaku

(v) pengakuan

(vi) memperakukan [ 12 markah ]




3. Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan berikut untuk jelas

menunjukkan perbezaan maksudnya. Anda tidak boleh menambah imbuhan atau

menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa.



(i) mengacau - meracau

(ii) mengalas - menggalas

(iii) menimang - meremang

(iv) mengisahkan - mengesahkan [ 8 markah ]

Page 29

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA 2013


29 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u


ANALISIS AYAT

Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat

penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seru



1. Doktor itu sedang menjalankan pembedahan terhadap pesakitnya.
2. Malaysia mendapat 111 butir pingat emas dalam Sukan SEA 2001.
3. Bagaimanakah mereka mengatasi masalah itu?
4. Tengoklah barang-barang ini.
5. Tolong tutup tingkap itu sekarang.
6. Syabas, anda telah berjaya memenangi tempat pertama!
7. Pemuda yang sedang berdiri di tepi pagar itu siapa?
8. Jangan merokok di dalam kawasan sekolah
9. Pengetua menanyai pelajar itu tentang ketidakhadirannya semalam.
10. Oh, cantik sungguh lukisan itu!
11. Mengapakah pemuda itu berdiri di tepi jalan itu?
12. Dia bertanya kepada saya tentang perkara itu.
13. Eh, kau rupa-rupanya di belakangku!
14. Jangan merokok di dalam kawasan sekolah.
15. Dia menulis cerpen itu?


Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Tentukan subjek dan predikat ayat-ayat

tersebut.



1. Mereka tidak mampu menyiapkan kertas projek tersebut.

2. Penduduk di kawasan kejiranan saya sedang bermesyuarat untuk mengadakan

kerja-kerja amal.

3. Sungguh cantik baju yang dipakai oleh Mak Munah.

4. Wajah kawasan Koridor Utara telah berubah.

5. Identiti bandar raya yang baru ini adalah berteraskan budaya rakyat Malaysia.

6. Buku yang berwarna merah itu buku Sejarah.

7. Telah ditempah oleh ayah kereta baru.

8. Banyak pelajar yang suka mengulang kaji untuk peperiksaan pada saat-saat

akhir.

9. Perkara ini terjadi disebabkan sikap tidak bertanggungjawab para pegawai

syarikat itu.

10. Ada segelintir ibu bapa yang kurang mengambil berat akan hal anak-anak

mereka di sekolah.

Page 30

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA 2013


30 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u



Nyatakan jenis kata bagi perkataan yang bercetak tebal dalam ayat-ayat di bawah ini
sama ada kata nama, kata kerja, kata adjektif atau kata tugas.

1. Mereka berbicara tentang bioteknologi.
2. Kami telah menyaksikan perlawanan yang hebat pada malam itu.
3. Guru menghadiahi kami sebuah buku cerita.
4. Kami sekeluarga berada dalam keadaan sihat.
5. Hadiah ini disediakan untuk ibuku yang tersayang.
6. Dia bimbang akan keadaan ibunya yang masih belum sedar.


Nyatakan jenis kata kerja bagi perkataan yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini,
sama ada, kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif.

1. Ayah terbaring di atas katil kerana kepenatan.
2. Kami sampai di tapak perkhemahan itu pada pukul 9.00 pagi.
3. Kami bersiar-siar di tepi pantai pada hujung minggu lepas.
4. Kanak-kanak itu menangis kerana terlalu dahaga..
5. Meja yang berat itu terangkat oleh pelajar yang berbadan kurus di sekolah itu.
6. Lisdarudaini menghadiahi suaminya seutas jam tangan pada hari ulang tahun

perkahwinan mereka yang ketiga.
7. Dia sedang mengarang pantun untuk pertandingan peringkat sekolah.
8. Tumpahan cat itu menyebabkan air kolam memutih.
9. Ibu sedang menggulai ikan untuk makan tengah hari di dapur.
10. Kapal terbang itu telah selamat mendarat di lapangan terbang Medan pagi tadi.


Nyatakan jenis frasa yang bercetak tebal dalam ayat-ayat di bawah ini sama ada Frasa
Nama, Frasa Kerja, atau Frasa Sendi Nama.

(i) Mereka berkelah di tepi sungai.
(ii) Pemuda itu kehujanan ketika pulang dari pejabat.
(iii) Saya ke Hotel Nikko pada petang esok.
(iv) Ibu saya akan pergi ke Mekah pada tahun ini.
(v) Jika mereka ada, saya pun ada.
(vi) Beliau amat gembira apabila memenangi Anugerah Tinta Kencana 2004

Similer Documents