Download Kelemahan Dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke Arah Perpaduan PDF

TitleKelemahan Dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke Arah Perpaduan
File Size319.4 KB
Total Pages26
Table of Contents
                            Kelemahan dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke arah Perpaduan
                        
Document Text Contents
Page 1

Kelemahan dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke arah
Perpaduan

PENGENALAN
Elemen yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi
ekonomi, politik dan sosial ialah sistem pendidikan iaitu melalui sistem persekolahan. Sistem persekolahan
merupakan saluran yang penting bagi menyampaikan wadah perjuangan negara dan menyerapkan nilai-nilai murni
dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan antara kaum. Malaysia merupakan sebuah negara yang
mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada 3 kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Walaupun hidup
berdekatan, mereka masih berpegang teguh kepada kebudayaan, agama, bangsa, idea dan kaedah sendiri serta
terpisah dalam sistem politik yang sama. Sebenarnaya masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja
iaitu sejak sebelum merdeka. Dasar liberal Inggeris pada pertengahan abad ke-19, telah mengubah struktur
kependudukan asal Tanah Melayu ekoran penghijrahan masuk secara beramai-ramai kaum cina dan india ke Tanah
Melayu. Sejak dari itu, Tanah Melayu telah terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Lantaran kepelbagaian kaum
ini, dasar pendidikan negara mewujudkan 5 jenis sistem persekolahan yang terasing di antara satu sama lain. Bagi
menyatukan masyarakat berbilang kaum ini, satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan telah diwujudkan
oleh British iaitu Rancangan Cheesmen yang mencadangkan sekolah Inggeris sebagai asas penyatuan sistem
persekolahan.

Usaha mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan diteruskan selepas merdeka antaranya Penyata Razak (1956 ),
Laporan Rahman Talib (1960 ), Akta Pelajaran ( 1961 ) dan lain-lain lagi. Walaupun dasar pendidikan ini berubah-
ubah namum tujuannya adalah sama iaitu untuk mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan
kaum di Malaysia. Pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan perlu mengikut keperluan dan kesesuaian
masyarakat Malaysia. Melalui pendidikan, nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bertoleransi, bekerjasama
dan aspek-aspek moral diterapkan kepada masyarakat yang bertujuan untuk melahirkan pewaris negara yang
berkualiti, bertanggungjawab, berdaya saing, bijak, dan mempunyai sifat patriotik di mana ia penting untuk
memupuk perpaduan di kalangan masyarakat.

SEJARAH PENDIDIKAN NEGARA
Pada zaman sebelum kemerdekaan Malaysia, penjajah British telah mendominasi pendidikan di negara kita dengan
mengatur segala sistem pendidikan mengikut kehendak mereka. Dalam sistem pendidikan itu, rakyat terpaksa
mengekalkan taat setia kepada pendatang negara asal mereka dan rakyat tidak dibenarkan untuk membangkitkan
semangat pembangunan rakyat tempatan.

Selain itu, mereka juga telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan pendidikan Inggeris, di mana
sekolah-sekolah aliran Inggeris ini mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris. Hal demikian memberi cabaran
dan halangan terhadap kaum Melayu ketika itu kerana majoriti masyarakat Melayu tidak mahir untuk menggunakan
bahasa Inggeris dengan baik. Hal ini kerana, penjajah tidak menggalakkan rakyat tempatan terutamanya kaum
Melayu untuk mendapat pendidikan yang tinggi.

Pihak British bimbang jika pelajar-pelajar kaum Melayu mendapat pendidikan yang tinggi, kemungkinan besar
kedudukan mereka di Tanah Melayu akan tergugat. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, pihak British telah
membuat penyekatan bagi kemasukan pelajar-pelajar melayu ke sekolah-sekolah Inggeris. Akibatnya, kaum Melayu
telah ketinggalan dalam bidang pendidikan berbanding dengan kaum yang lain. Pihak British juga telah membuat
perubahan yang besar dalam menghalang penyatuan kaum iaitu dengan menubuhkan sekolah vernakular. Sekolah
vernakular itu terdiri daripada sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, dan sekolah vernakular Tamil
yang mempunyai kelebihan tersendiri. Atas perubahan itu, pada Ogos 1950, Penyata Barnes telah dibuat yang
diketuai oleh L.J.Barnes dan diikuti dengan Laporan Fenn-Wu (1951), Ordinan Pelajaran (1952), Penyata Razak
(1956), Laporan Rahman Talib (1960), dan Akta Pelajaran (1961).

KELEMAHAN DASAR DAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
1. Sistem Persekolahan Vernakular
Telah di jelas dalam penyataan di atas, sistem persekolahan di Malaysia dari sebelum merdeka hingga sekarang telah

Page 2

mempunyai sistem persekolahan yang pelbagai aliran atau lebih dikenali sebagai persekolahan vernukular. Sistem
pendidikan di Malaysia kini bergerak seiring dengan perubahan arus permodenan dan globalisasi serta seiring
dengan keperluan semasa masyarakat. Namun perubahan itu tidak tertakluk dalam perubahan sistem persekolahan
yang masih mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil.
Banyak isu-isu yang dibangkitkan berkenaan dengan sistem persekolahan ini. Namun selepas segala perbincangan
dan perdebatan yang dibuat keputusan hanya berakhir dengan tiada jalan penyelesaian bagi mengubah sistem itu
kepada sistem yang lebih baik. Isu-isu sistem persekolahan merupakan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia
yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat persetujuan daripada masyarakat yang
mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza. Pengaruh politik tanah air telah menyekat sebarang
keputusan yang telah dibuat sehinggakan keputusan yang dipersetujui tidak dapat dilaksanakan. Seperti yang kita
tahu, bahawa pihak kerajaan sentiasa memainkan peranan bagi menaikkan mutu pendidikan kebangsaan, tetapi
sejauh mana setiap tindakan yang diambil dapat menyelesaikan masalah yang timbul.

Dari aspek perpaduan kaum, sepatutnya kita harus membuat didikan awal dalam menerapkan aspek perpaduan kaum
iaitu melalui pelajar-pelajar dari peringkat rendah lagi. Melalui persekolahan, mereka dapat menjadikan tempat itu
sebagai asas permulaan dalam memupuk hubungan yang baik antara kaum yang lain. Ini kerana sekolah merupakan
tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling mengenal. Mereka juga dapat
beramah mesra, bergaul, bersukan, makan bersama, saling mengenal dan mengeratkan hubungan silaturahim.
Sebaliknya, nilai-nilai itu tidak dapat diwujudkan dengan adanya sekolah pelbagai aliran seperti sekolah kebangsaan
dan sekolah jenis kebangsaan sehingga boleh menjejaskan perpaduan kaum dan seterusnya memudarkan sikap itu
daripada terjalin.

Jika kita ingin mengekalkan hubungan antara masyarakat di Malaysia, kerajaan perlu membuat sedikit perubahan
terutama dalam sukatan pelajaran sistem persekolahan vernakular ini. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib
Tun Razak, mengatakan bahawa beliau sedia menimbangkan sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk
mewujudkan satu dasar baru iaitu Sistem Persekolahan Satu Aliran. Idea menubuhkan sistem persekolahan satu
aliran perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat dapat dipupuk. Kerajaan
memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan dasar baru tersebut dengan mengambil kira kehendak rakyat
bagi mengelakkan masalah perbalahan yang mungkin akan timbul sehingga memberi kesan buruk terutama dalam
perpaduan kaum. Melalui penubuhan sekolah satu aliran tidak mungkin menjejaskan hak-hak antara kaum, malahan
dengan adanya dasar tersebut, masyarakat dapat menyemai semangat perpaduan antara kaum yang kukuh. Namun
sehingga sekarang, dasar tersebut masih belum mendapat persetujuan antara masyarakat Malaysia. Masyarakat Cina,
India dan semua kaum masih mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka. Bagi mereka, penggunaan bahasa
ibunda mereka perlu dijaga dan hak-hak mereka perlu dijamin terutamanya bagi masyarakat Cina dan India.

Di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bilangan murid-murid Melayu terlalu sedikit jika
dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Keadaan ini menunjukkan jurang yang begitu luas antara murid-murid
Melayu, Cina, dan India. Faktor utama masalah dan wujud jurang pendidikan antara masyarakat ini disebabkan oleh
penggunaan bahasa ibunda, iaitu bahasa Melayu, Cina dan Tamil. Contohnya di sekolah kebangsaan, pengunaan
bahasa Cina dan Tamil tidak diterapkan, manakala di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bahasa Melayu
bukan bahasa utama. Jadi, wujud dua keadaan yang berbeza dan masalah ini masih berlanjutan sehingga kini. Ini
menujukkan sistem persekolahan vernakular yang dilaksanakan sekarang mempunyai kekurangan seterusnya
menunjukkan kelemahan yang ketara dalam dasar dan falsafah pendidikan negara.

2. Berorentasikan Peperiksaan Dan Pencapaian Akademik
Dari segi budaya, kelemahan dalam sistem pendidikan sekarang ialah amat mementingkan peperiksaan sebagai tiket
untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Bagi ibu bapa, perkara ini amat diambil berat dan mengharapkan anak-
anak mereka mendapat keputusan yang baik dalam setiap peperiksaan. Pendidikan yang menumpuan semata-mata
dalam pencapaian akademik telah menjadi budaya sehingga sanggup membelakangkan elaman-elaman adab dan
sopan. Aspek budi bahasa, sopan santun, adab dan akhlak serta aspek nilai-nilai murni seperti ikhlas, jujur dan
amanah semakin hari semakin kurang diberi perhatian. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran berhasrat
untuk mengurangkan peperiksaan dan ujian dalam sistem pendidikan sekarang. Melalui pemantauan, didapati sistem
yang terlalu mementingkan peperiksaan dianggap tidak praktikal dan tidak sesuai lagi untuk menguji kemampuan
sebenar pelajar, sekali gus membebankan guru dan pelajar sendiri.

Page 13

kerengangan hubungan antara kaum disekolah-sekolah. Sesuatu perlu dilaksanakan terutama

mengekalkan perpaduan Negara.

Selain itu untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Secara tidak langsung dasar ini dapat

melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang

dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang

bersepadu.sesuatu telah dilaksanakan untuk menjamin perpaduan antaranya penggunaan bahasa

pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-

aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan

pelajar.Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan

maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia jugadapat membentuk sahsiah, keperibadian

dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Hasrat membina Negara Bangsa

ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu,meningkatkan disiplin pelajar,

menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

Penubuhan Sekolah Wawasan Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang

berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau

agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar dan

pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yangsama dan berkongsi kemudahan asas seperti

padang permainan, dewan dan kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang

boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan

penghubung.Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan persekitaranyang memberi

peluang yang lebih luas kepada murid daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi

secara langsung dalam pelbagai aktiviti.Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan Untuk

mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar

belakang. Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran untuk

melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi

mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.

Page 14

10. Cabaran Dari Segi Pemantapan Agama

Sememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa: "Pendidikan di

Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha

ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkemampuan pelbagai usaha dilaksanakan untuk memantapkan potensi

diri dari segi keagamaan. Antaranya perlaksanaan Kurikulum ini berorientasikan suasana

Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) dan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun1983. Mata pelajaran Pendidikan

Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral

yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia serta

membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia. Dengan

menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (PIPP).

11. Cabaran Alaf Baru

Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik

itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia. Walaupun tidak dapat

dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud dan diperbincangkan

tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi baru yang serba

canggih. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak, sosial, politik,

ekonomi, sains dan teknologi. Dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke-5, dalam tahun 1997

yang lalu, natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang

berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk

masyarakat madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat Malaysia melalui

sistem pendidikan pertama ialah pembinaan budaya ilmu dan keduanya ialah pembudayaan

masyarakat.

Similer Documents