Download Kaum Sabah PDF

TitleKaum Sabah
File Size1.9 MB
Total Pages24
Table of Contents
                            Suku kaum yang membentuk Kadazandusun
Perayaan
Tarian Tradisional
Pakaian Tradisional
                        
Document Text Contents
Page 1

Sabah adalah sebuah negeri yang terletak di bahagian utara Kepulauan Borneo dan
merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak.

Sabah juga dikenali sebagai 'Negeri Di Bawah Bayu' kerana kedudukan negeri tersebut
yang berada di bahagian luar dan selatan zon ribut.

Etimologi

Asal-usul nama ‘Sabah’ diperolehi daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali
sebagai ‘pisang saba’ iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil "SABBAH " atau
"SAPPAH" oleh masyarakat kaum Suluk (Sulu) dan Bajau-Sulu, yang sangat popular
dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah
sebagai sumber makanan. 'Pisang saba' juga dikenali sebagai 'jaba' oleh masyarakat
Bajau di negeri tersebut. Kini 'pisang saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun.

Menurut legenda dari masyarakat Bajau-Sulu, perkataan SABAH mula-mula digunakan
oleh moyang Tun Datu Mustapha yang merupakan anak bongsu Sultan Sulu. Moyang
beliau telah mengambil keputusan untuk menetap di Kinabatangan dan enggan kembali
ke sulu apabila pertahanan dan tentera kerajaan sulu di Tawi-Tawi yang merupakan
Pusat Pertahanan Terakhir Kerajaan Sulu telah mengalami kekalahan di tangan tentera
Sepanyol yang ketika itu sedang berperang dengan kerajaan Sulu dan Kerajaan Brunei.
Moyang beliau bersama-sama dengan pengikutnya yang terdiri daripada pahlawan-
pahlawan Suluk, Bajau dan Irranun telah mendarat di Kinabatangan. Sewaktu sampai di
Kinabatangan mereka telah menjumpai pohon-pohon pisang yang tumbuh subur di
kawasan Sungai Kinabatangan. Mereka tidak mengetahui nama sebenar dan jenis
pokok pisang yang mempunyai buah yang bersegi-segi dan agak besar itu.Dalam
bahasa mereka (Bajau-Suluk), buah pisang disebut sebagai Sabbah atau Sappah.
Mereka seringkali menyebut dan menamakan tempat yang mula-mula mereka tempati
itu sebagai Sabah dan nama itu terus digunakan dalam bahasa harian mereka
sehingga ia digunakan untuk merujuk negeri yang ada pada masa sekarang.

Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang
mengembara di antara Kepulauan Sulu dan Kerajaan Brunei. Pendek kata, nama
'Sabah' telah pun digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo
Utara dan British lagi.

Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama 'Sabah'
telah ditukar kepada 'Borneo Utara' secara rasmi pada tahun 1881. Ibu negeri Sabah
yang pertama ialah Kudat ( 1881 ). Walau bagaimanapun, nama 'Sabah' kembali
digunakan pada tahun 1963 selepas negeri tersebut menyertai Malaysia.

Catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada tahun 1365
menyebut Sabah sebagai 'Sudang'. Dalam catatan Marco Polo sewaktu beliau singgah
di Boneo, Sabah (Brunei)ketika itu dikenali sebagai "BURNI" yang mungkin merujuk
kepada Pulau Borneo.

1

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kepulauan_Borneo
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Nagarakertagama&action=edit&redlink=1
http://ms.wikipedia.org/wiki/Borneo_Utara
http://ms.wikipedia.org/wiki/British
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Syarikat_Berpiagam_Borneo_Utara&action=edit&redlink=1
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Syarikat_Berpiagam_Borneo_Utara&action=edit&redlink=1
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bajau
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sarawak
http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia

Page 2

Geografi

Sabah terdiri daripada 6 daerah pentadbiran atau Bahagian, yang dahulu dikenali
sebagai "Residensi" iaitu:

• Kudat
• Pantai Barat - Utara & Selatan
• Pedalaman
• Sandakan
• Tawau

Bandar-bandar utama di Sabah adalah Kota Kinabalu (ibu negeri), Keningau, Papar,
Sipitang, Tuaran, Penampang, Semporna, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau.

Penduduk Sabah terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, di mana kumpulan etnik
terbesar adalah kaum Kadazandusun (satu pertiga) dan diikuti oleh Tausug (Sulu),
Bajau dan Cina, Melayu, dan kaum-kaum minoriti lain.

Bahasa rasmi negeri Sabah ialah Bahasa Melayu, namun terdapat bahasa-bahasa lain
yang ditutur; seperti Bahasa Kadazan, Bahasa Cina (Bahasa Irannun, Bahasa Bajau),
dan lain-lain. Walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan utama,
Bahasa Melayu Sabah yang digunakan oleh masyarakat Sabah terdapat sedikit
perbezaan daripada Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu Baku).

Sabah adalah satu kawasan yang berbukit bukau. Gunung Kinabalu yang tertinggi di
Asia Tenggara tersergam indah pada ketinggian 4,095 meter.

Sejarah

Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo
Chartered Company) pada 1881.Dari Kesultanan Sulu dan telah menjadi sebuah negeri
naungan Empayar British pada 1888. Walaubagaimanapun hal ehwal dalam negeri
masih diselaraskan oleh Syarikat. Pemerintahan Syarikat tamat pada 1946 dan ia
menjadi tanah jajahan Borneo Utara sehingga merdeka pada 31 August 1963. Negeri-
negeri Semenganjung Malaysia, Sabah, Sarawak, dan Singapura menyatukan Malaysia
pada 16 September 1963.

Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang terletak di Residensi Pantai Barat Sabah.
Semasa zaman penjajahan British, Kota Kinabalu dikenali sebagai Jesselton.

2

http://ms.wikipedia.org/wiki/Jesselton
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kota_Kinabalu
http://ms.wikipedia.org/wiki/1963
http://ms.wikipedia.org/wiki/16_September
http://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Malaysia
http://ms.wikipedia.org/wiki/Singapura
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sarawak
http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaya
http://ms.wikipedia.org/wiki/1963
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=31_August&action=edit&redlink=1
http://ms.wikipedia.org/wiki/Borneo_Utara
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tanah_jajahan&action=edit&redlink=1
http://ms.wikipedia.org/wiki/1946
http://ms.wikipedia.org/wiki/1888
http://ms.wikipedia.org/wiki/Empayar_British
http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri_naungan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri_naungan
http://ms.wikipedia.org/wiki/1881
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Syarikat_Berpiagam_Borneo_Utara_British&action=edit&redlink=1
http://ms.wikipedia.org/wiki/Asia_Tenggara
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Kinabalu
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu_Sabah
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Bajau
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bahasa_Irannun&action=edit&redlink=1
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Cina
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Kadazan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu
http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tionghoa
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kadazan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tawau
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sandakan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Lahad_Datu
http://ms.wikipedia.org/wiki/Semporna
http://ms.wikipedia.org/wiki/Penampang
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tuaran&action=edit&redlink=1
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sipitang
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Papar&action=edit&redlink=1
http://ms.wikipedia.org/wiki/Keningau
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kota_Kinabalu
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tawau
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sandakan
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pedalaman&action=edit&redlink=1
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pantai_Barat_Selatan&action=edit&redlink=1
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pantai_Barat_Utara
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pantai_Barat
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kudat

Similer Documents