Download Kamus Istilah Tg5 PDF

TitleKamus Istilah Tg5
File Size389.5 KB
Total Pages10
Document Text Contents
Page 1

1



KAMUS ISTILAH

TINGKATAN 5



BAHAGIAN : PENGAJIAN AL-QURAN



1. Kafir Zimmi) ذمى ) : Orang kafir yang menetap dalam Negara Islam serta patuh
dan taat kepada pemerintah dan Negara Islam.



2. Kafir Musta’man () مستأمن : Orang kafir yang melarikan diri dari negara asal
mereka dan meminta perlindungan Negara Islam.



3. Kafir Mu’ahad () معاهد : Orang kafir yang membuat perjanjian dengan Negara
Islam.



4. Kafir Harbi Orang kafir yang sentiasa menunjukkan permusuhan : ) حربى (
dengan umat Islam dan Negara Islam.



5. Dakwah: Menyeru atau mengajak manusia ke jalan Allah untuk melakukan

perkara yang ma’ruf dan meninggalkan perkara yang mungkar dengan cara yang

sesuai dan penuh hikmah.



6. Sistem khilafah: Sistem perlantikan pemimpin melalui Majlis Syura.



7. Sistem Imamah ) إ مامة ( : Sistem perlantikan pemimpin melalui wasiat daripada

pemimpin sama ada kepada keturunannya atau kepada orang lain.

.

8. Orang fasik: Orang Islam yang a’si (صى dan mereka (melakukan dosa) ( عا

jelas menunjukkan penderhakaan terhadap Allah dan tidak melaksanakan tuntutan

Islam yang sewajarnya.



9. Persaudaraan Islam: Persaudaraan yang berasaskan kepada ikatan Aqidah

Islamiah iaitu tidak membezakan bangsa, warna kulit, darjat, pangkat, kekayaan

dan sempadan geografi.

Page 2

2



10. Piagam Madinah: Perlembagaan bertulis yang pertama dalam sejarah tamadun

manusia yang dihasilkan oleh Rasulullah.



11. Taubat: Bahasa - Kembali. Istilah- Berhenti daripada melakukan maksiat,
menyesal akan kesalahan lalu dan berazam tidak akan mengulangi lagi.



12. Dosa besar: Kesalahan –kesalahan yang diberi oleh Allah dengan azab yang

pedih di akhirat dan ditentukan hukuman semasa di dunia.



13. Dosa kecil: Kesalahan-kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu

di dunia atau amaran azab di akhirat.



14. Istiqamah: Tekal,tetap dan berterusan serta sentiasa meningkatkan kebaikan.



15. Tawakkal: Berserah diri kepada Allah setelah berusaha dan berikhtiar

bersungguh-sungguh.



16. Zina: Persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang

perempuan tanpa nikah yang sah menurut hukum Syarak.



17. Penzina ghair muhsan ) فنزنا غير محصن ( : Penzina yang belum berkahwin

melalui akad nikah yang sah.



18. Penzina Muhsan Penzina yang pernah melakukan persetubuhan : ) فنزنا محصن (

secara halal melalui akad nikah yang sah sama ada masih dalam ikatan

perkahwinan atau telah bercerai.



19. Qazaf Menuduh seseorang perempuan yang baik dan suci dengan : ) قذف (

tuduhan zina atau menafikan keturunan.



20. Li’an Sumpah seseorang yang mendakwa atau menuduh isterinya : ) لعان (

melakukan zina tanpa saksi atau menafikan keturunan.



21. Aurat: Bahasa - Sesuatu yang mengaibkan. Istilah - Bahagian tubuh badan

seseorang yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan bukan mahram

atau ajnabi.



22. Ajnabi ) أجنبي ( : Lelaki atau perempuan yang diharuskan berkahwin menurut

Islam kerana tidak mempunyai pertalian keluarga.

Page 3

3



23. Mahram Lelaki dan perempuan yang diharamkan berkahwin menurut : ) محرم (

Islam kerana mempunyai pertalian keluarga.



24. Aurat lelaki: Dari pusat hingga ke lutut.



25. Aurat perempuan: Seluruh badannya kecuali muka dan dua tapak tangan.



26. Hidayah: Bimbingan atau petunjuk daripada Allah kepada hamba yang

dikehendakinya yang membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat.



27. Hidayah Al-Gharizah () الغريزة ( (Naluri): Hidayah dalam bentuk naluri

semulajadi sejak manusia dilahirkan seperti bayi menangis kerana lapar.



28. Hidayah Al-Hawas ) الحواس ( (Pancaindera): Hidayah melalui pancaindera,

manusia dapat mengenal dan membezakan sesuatu contohnya melalui

pendengaran ,anak dapat mengenal suara ibunya.



29. Hidayah Al-Aql ( قل ع Dengan akal, manusia mampu berfikir dan :(aqal ) ( ال

dapat menentukan gerak geri secara rasional. Membezakan manusia daripada

makhluk yang lain.



30. Hidayah Ad-din ) الدين ( (Agama): Kurniaan Allah kepada hambanya yang boleh

membezakan antara hak dan batil, benar dan sesat dan sebagainya.



31. Hidayah At-Taufik ) التوفيق ( : Hidayah yang paling tinggi dikurniakan Allah.

Orang yang mendapat mendapat hidayah ini akan beriman dan bertakwa kepada

Allah dan akan menjalani hidup dengan tenang dan selamat.



32. Iman: Membenarkan dengan hati, ikrar dengan lidah dan beramal dengan

anggota.



33. Hari kiamat: Hari kemusnahan alam dan segala isi kandungannya.



34. Al-Waqiah ) الواقعة ( : Hari kiamat yang pasti akan berlaku, cuma masanya

sahaja tidak diketahui.

35. As-habul Yamin ) اصحاب اليمين ( : Golongan yang menerima suratan amalan

dengan tangan kanan dan mendapat balasan syurga.

Page 4

4



36. As-habul Al- Syimal Golongan yang menerima suratan amal : ) اصحاب الشمال (

dengan tangan kiri dan mereka akan menderita dengan azab seksa yang pedih

dalam neraka.



37. Al-Muqarrabun ) المقربون ( : Golongan yang paling hampir dengan Allah

.Mempunyai kedudukan yang istimewa bersama para Anbiya’ dengan mendapat

sebaik-baik balasan Syurga.



38. Allah ) هللا ( : Nama zat tuhan.



39. Al-Raqhman ) الرحمن ( : Maha pemurah.



40. Al-Rahim ) الرحيم ( : Maha penyayang.



41. Al-Malik ) المالك ( : Maha menguasai dan memiliki.



42. Al-Quddus ) القدس ( : Maha Suci.



43. Al-Salam ) السلم ( : Maha selamat sejahtera.



44. Al-Mu’min ) الموءمن ( : Maha melimpahkan keamanan.



45. Al-Muhaimin ) المهيمن ( : Maha Pengawal dan Pengawas.



46. Al-Aziz ( ) العزيز : Maha kuasa.



47. Al-Jabbar ) الجبار ( : Maha kuat.



48. Al-Mutakabbir ) المتكبر ( : Maha melengkapi.



49. Al-Khaliq ) الخالق ( : Maha menciptakan sekelian makhluk.



50. Al-Bariu ) البارىء ( : Maha mengadakan.



51. Al-Musawwir ) المصور ( : Maha membentuk rupa.



52. Al-Hakim الحاكم ( ) : Maha Bijaksana.



53. Syirik: Mempersekutkan Allah dengan sesuatu yang lain pada sifat Uluhiyyah

) الوهية ( atau pada sifat Rububiyyah. ) ربوبية (

Page 5

5



54. Murtad: Keluar dari Islam.



55. Kufur: Tidak percaya kepada Allah dan menolak ajaran yang dibawa oleh Islam.



56. Percaya kepada khurafat: Mempercayai perkara tahyul dan karut.



57. Mempercayai sihir: Meyakini pertolongan makhluk-makhluk ghaib boleh

mendatangkan manfaat atau darurat kepada manusia.



58. Mempercayai ajaran sesat: Mengikut ajaran yang terkeluar daripada ajaran

Islam seperti ajaran Taslim, ajaran qadyani dan anti hadis.







BAHAGIAN: ULUM AL-QURAN





59. Ilmu tafsir: Bahasa - Asal daripada perkataan Fassara-Yufassiru- Tafsiran

تفسيرا ( –يفسر –) فسر bermaksd jelas dan terang. Istilah-(1) Ilmu untuk

memahami Al-Quran al-Karim, menerangkan maknanya dan mengeluarkan

hukum-hukum dan hikmahnya. (2) Ilmu yang membahaskan tentang Al-Quran

dari segi kehujahannnya (Dilalahnya) selaras dengan kehendak Allah sekadar

kemampuan manusia.



60. Tafsir Bil-Ma’thur ) تفسير بالمأثور ( : Tafsir berasaskan perkara: (1) Tafsir Al-

Quran oleh ayat Al-Quran yang lain. (2) Tafsir ayat Al-Quran oleh hadis

Rasulullah. (3) Tafsir ayat Al-Quran oleh para sahabat.



61. Tafsir Bil-Arra’yi ) تفسير بالرأي ( : Para mufassir mentafsir ayat Al-Quran lebih

banyak berdasarkan pendapat dan ijtihad mereka.

Page 6

6



BAHAGIAN : PENGAJIAN HADIS





62. Tanggungjawab: Amanah yang dipikul seseorang untuk melaksanakan sesuatu

tugas.



63. Al-Amir Pemimpin di peringkat tinggi seperti pemimpin masyarakat : ) األمير (

atau pemimpin negara.



64. Al-Rajl ) الرجل ( : Pemimpin yang memimpin di peringkat rendah seperti bapa

atau suami dalam sesebuah keluarga.



65. Al-Mar’ah Ibu atau isteri yang membantu bapa atau suami memimpin : ) المرءاة (

dalam sesebuah keluarga.



66. Al-Abdu ) العبد ( : Pekerja yang diamanahkan oleh majikan dengan tanggung

jawab tertentu.



67. Niat: Bahasa - Kehendak hati atau tujuan hati. Istilah- Gerak hati ke arah

melaksanakan suatu pekerjaan dengan tujuan mencari keredhaan Allah.



68. Ikhlas: Bahasa- Bersih dan suci. Istilah - Niat yang tulus dan murni kerana Allah

dalam melakukan segala amalan dan pekerjaan.



69. Hijrah: Bahasa - Berpindah meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke tempat

yang lain. Konteks sejarah Islam: Perpindahan Rasulullah dan para sahabat

dari Mekah ke Madinah untuk mengembangkan Islam. Konteks sekarang:

Perpindahan yang lebih meluas merangkumi perubahan kepada hidup yang lebih

baik, lebih maju, lebih mulia, dan lebih hampir dengan rahmat Allah.



70. Mabrur: Semua jenis perbuatan yang baik dan diterima oleh Allah.



71. Pekerjaan yang mulia: Pekerjaan yang halal dan mengikut petunjuk Syariat

Islam.



72. Cara motivasi( Al-Taghrib) Menggalakkan manusia berlumba-lumba : ) التغريب (

membuat kebaikan.



73. Cara Ancaman(Al-Tarhib) -Mengingatkan manusia supaya berhati : ) الترهيب (

hati terhadap perkara buruk.

Similer Documents