Download Assaignment Surah Yassin CTU Ayat 1 - 20 PDF

TitleAssaignment Surah Yassin CTU Ayat 1 - 20
File Size379.9 KB
Total Pages12
Document Text Contents
Page 7

nak beritahu bahawa tidak ada sesiapa yang ingat akan mereka. Selalunya, kubur

orang-orang yang penting akan dijaga rapi, tetapi ia tidak berlaku kepada kubur

mereka. Mereka ingat mereka penting, hakikatnya mereka adalah orang yang hina.

Perkataan َداث َجأ .digunakan untuk menghina mereka اْلأ

Dikatakan semuanya akan bangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Semua

malaikat, jin dan manusia akan bangkit tiba-tiba. Semua makhluk-Nya akan

dibangkitkan dengan serentak yang dicipta dari permulaan alam hingga ke waktu

sebelum terjadinya kiamat. Semuanya akan bangun dalam suasana hening.

Mahsyar adalah satu tempat matahari adalah sejengkal tingginya dari kepala kita.

إِلَىَ َزبِِّهمَأ يَىأِسلُىن

Mereka akan bergerak dengan cepat kepada Pencipta mereka.

Perkataan يَىأِسلُىن bermaksud „bergerak dengan cepat‟. Ianya merujuk kepada

keadaan seseorang yang bergerak turun dari atas bukit. Orang sebegini akan

bergerak dengan cepat dan mereka tidak ada pilihan lain selain bergerak ke

hadapan. Mereka tentunya sudah tahu apa yang mereka akan terima iaitu azab

yang telah dijanjikan-Nya kepada mereka.

Orang yang beriman, akan keluar dari anggota wuduknya cahaya yang menyuluh.

Yang buat syirik akan merayu meminta-minta cahaya daripada mereka.

Mereka yang muqarrabin (dekat dengan Allah) akan dibawa ke Mahsyar dengan

sepantas kilat. Mereka ke Padang Mahsyar dengan segala kesenangan. Akhir

sekali, akan ada yang pergi dengan berjalan kaki. Ada pula yang merangkak. Ada

bergerak dengan lutut. Ada yang berjalan dengan muka mereka.

Semua sekali apabila sampai, mereka akan berhimpun di hadapan Tuhan. Dalam

keadaan tunduk, takut nak angkat muka. Ini ada diceritakan dalam Surah Sajadah:

“Sekiranya kamu dapat melihat mereka tunduk kepala sambil berkata: kami dah

tengok neraka. Kami dah dengar mendidihnya neraka. Kembalilah kami ke dunia

Similer Documents